Tuesday, 22 August 2017
Sunday, 13 August 2017
TEKNIK PEMBACAAN PERLAHAN
TUJUAN TEKNIK PEMBACAAN PERLAHAN:
- Untuk membuat analisis
- Supaya lebih faham
- Dapat menilai bahan bacaan
- Memahami arahan yang diberikan seperti dalam latihan dan soalan
- Dapat mengingat maklumat dengan lebih berkesan
TEKNIK SQ3R
- SQ3R ialah teknik membaca perlahan yang telah diperkenalkan oleh Robinson (1961).
- Ia merupakan satu kaedah membaca yang memerlukan seseorang mempersoal kesesuaian maklumat yang terdapat dalam sesuatu bahan yang dibaca dengan tugasan yang perlu diselesaikan.
APA YANG DIMAKSUDKAN DENGAN SQ3R?
S- SURVEY (MENGKAJI)
- Kaji bahan bacaan dan dapatkan isi kandungan
- Baca prakata, tajuk, tajuk kecil dan sub-tajuk
- Baca keterangan, carta dan grafik
- Baca rumusan
- Melihat bagaimana maklumat disampaikan
- Lihat sepintas lalu pada pendahuluan, ringkasan dan rumusan
Q- QUESTION (MENYOAL)
- Menyoal perkara yang berkaitan dan bersesuaian
- Menukar tajuk dan sub-tajuk kepada bentuk soalan
- Menyoal; "apa yang saya tahu tentang tajuk ini?". Kaitkan dengan apa yang dibaca
- Bersoal jawab dengan rakan-rakan
- Menjawab soalan yang terdapat di akhir bab
3R- READ (MEMBACA)
- Baca perlahan pada petikan yang sukar
- Ambil perhatian pada petikan atau frasa yang penting
- Catatkan nota yang bergaris, huruf italic, dan kenyataan yang ditebalkan
- Dapatkan contoh yang lengkap yang boleh menerangkan maklumat yang dibaca
- Ulang baca dan tumpukan pada kata kunci
3R- RECITE (MENYEBUT)
- Cuba faham dan imbas kembali dengan menyebut semula
- Gunakan deria untuk memudahkan proses mengingat
- Imbas kembali apa yang dibaca dengan menggunakan teknik penyoalan
3R- REVIEW (MENGULAS)
- Ulas semula maklumat yang dibaca
- Ulas soalan dan jawapan
- Buat ulasan nota
- Gunakan kad imbasan pada soalan yang sukar
- Buat rumusan pertama sebaik sahaja selesai belajar
TEKNIK MEMBACA KWLH
KWLH adalah singkatan bagi yang berikut:
- K (KNOW)- apa yang telah diketahui (sebelum membaca)
- W (WANT)- apa yang hendak diketahui (sebelum membaca)
- L (LEARNED)- apa yang telah diketahui (selepas membaca)
- H (HOW)- bagaimana untuk mendapat maklumat tambahan yang berkaitan (untuk pembacaan seterusnya)
TEKNIK MEMBACA DI ATAS MENERANGKAN BAHAWA PEMBACA PERLU:
- Mengingat dahulu apa yang telah diketahui
- Membayang atau menentukan apa yang ingin diketahui
- Melakukan pembacaan (bahan yang telah dipilih)
- Mengetahui apa yang telah diperoleh daripada pembacaan yang baru dilakukan
- Menentukan lagi apa yang perlu diperoleh (sekiranya perlu membuat pembacaan seterusnya)
TEKNIK INI MEMBOLEHKAN PARA PELAJAR:
- Mengaitkan pengetahuan sedia ada dengan apa yang dibaca
- Menentukan apa yang telah diperoleh daripada pembacaannya
- Menentukan apakah lagi bahan yang perlu dibaca sekiranya memerlukan maklumat tambahan
Dalam konteks pengajaran, para pelajar dibiasakan menggunakan borang seperti di bawah ini, sekiranya dikehendaki menggunakan borang KWLH:
Subscribe to:
Posts (Atom)